Thursday, December 7, 2006

keliru

1
Ayahku pernah berkata
tanda orang beriman
tingkahnya sopan
bicaranya tertib
dahinya lebam,
tanda kuat amalannya
air mukanya,
sejuk mata memandang
tidak ramai yang sebegitu.
Tambah ayahku lagi
cara tidurnya
tidak seperti seadanya
supaya segala isi kitab
dapat diteroka
tidur bersila
jika terlentok mudah terjaga
pelajaran disambung semula.















11

Dalam mencari kepastian
aku hulurkan soalan buat ayah
setelah keliru berbaur
apabila satu mukim bertamu
khatib lancar berbicara
bersama khutbah Jumaat
terlentok sana sini
tidur bersila?
Ayah menguntum senyum
membuat aku terus keliru.


No comments: